Selamat Datang....Welcome!

Tuesday 7 June 2011

Jom Kenali Manik....

MANIK-MANIK
Ada beraneka jenis manik dalam pasaran. Manik boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu :
Ø  Manik Yang Berasal Dari Alam
Ø  Manik Yang Berasal Dari Material Buatan Manusia
MANIK YANG BERASAL DARI ALAM
      Kategori ini adalah manik yang berasal daripada batu-batuan yang merupakan hasil daripada enapan garam mineral,mutiara daripada jenis kerang-kerangan dan juga hidupan coral dari lautan yang ketika ini boleh dijumpai dari dasar laut. Begitu juga manik yang diperbuat daripada kayu,amber serta pelbagai jenis manik lain yang dihasilkan oleh manusia dengan sumber berasaskan alam,termasuklah cengkerang siput dan olahan lain dari kulit kerang serta manik seramik dan tanah liat. Selain itu,terdapat juga olahan daripada unsur metal yang dihasilkan sebagai elemen perhiasan,baik dalam bentuk manik mahupun bentuk lain.
MANIK YANG BERASAL DARI MATERIAL BUATAN MANUSIA
ü      Jenis ini adalah manik gelas,manik acrylic,manik polimer daripada tanah liat,manik plastik dan sebagainya yang materialnya tidak diperolehi secara langsung dari alam semulajadi.

  •  Manik Kristal Gelas
Manik Kristal gelas adalah manik yang diperbuat daripada sebatian gelas berkualiti tinggi yang mengandungi 10% oksida timah. Timah ditambahkan pada sebatian gelas untuk menghasilkan gelas yang jernih menyerupai kristal asli. Pewarnaan gelas kristal dilakukan dengan menambah beberapa oksida metal pada campuran sebatian silikat cair.

  • Manik Kristal Dengan Kandungan Timah Tinggi
Perbezaan manik kristal gelas biasa dengan manik kristal berkandungan timah tinggi selain boleh dilihat dari kejernihan kristalnya juga berdasarkan potongan-potongan kristalnya yang lebih tajam. Manik kristal jenis ini mengandungi kandungan timah sehingga 30%. Semakin tinggi kandungan timah,semakin bagus daya pantulan gelas dan semakin mudah untuk dibentuk semasa menghasilkannya. Manik kristal yang berkandungan timah tinggi adalah manik kristal gelas keluaran Swarovski yang biasa dikenali sebagai manik Swarovski.

  •   Manik Gelas Cetakan (Pressed Glass Bead)
Manik jenis ini merupakan manik gelas yang diperbuat dengan proses cetakan,dengan memasukkan cairan gelas panas ke dalam mesin cetak. Biasanya memiliki bentuk yang unik dan beragam,manik ini sangat menarik untuk dipasangkan pada kerongsang sehingga anda tidak perlu terlalu banyak memberikan pelbagai gaya lain.

  •     Manik Gelas Buatan Tangan (Lamp-Worked Glass Beads)
Manik gelas ini merupakan hasil keluaran perseorangan,diperbuat daripada gelas batang yang dibakar atau dipanaskan di atas api,kemudian dililitkan perlahan ke sekeliling kawat tembaga. Kawat nantinya diangkat dan lubang pun terbentuk. Manik jenis ini dapat dibuat dengan macam-macam warna dan gaya,boleh juga ditambahkan dengan lukisan atau dibentuk model tiga dimensi 3D sebagai prototaip.

  •   Manik Bunga Polimer Tanah Liat
Manik ini juga merupakan keluaran perseorangan,tetapi bahan dasarnya bukanlah gelas,melainkan partikel-partikel polyvinyl chloride yang diikat bersama-sama seolah-olah plastisin,yang membuat sebatian campuran ini cukup padu dan dapat dibentuk menyerupai lilin tanah liat. Proses pengerasan polymer clay sehingga menjadi keras dan kukuh adalah dengan teknik membakar dalam oven dengan suhu tinggi tertentu.

  • Manik Batu Semi Mulia
Manik ini berasal daripada manik alam,dengan pelbagai bentuk seperti bulat,kotak dn water drop. Ada pula bentuk tidak beraturan seperti kerikil yang biasa disebut chips atau splitter.

  •   Mutiara Tiruan
Mutiara tiruan diperbuat daripada gelas,kristal,plastik,lilin atau hasil olahan kulit kerang. Perbezaan dalam proses pembuatannya menjadikan mutiara tiruan ini memberi kesan warna dan kualiti yang berbeza.

  •       Manik Pasir (Seed Bead)
Manik pasir berukuran dari 1.5mm hingga 4mm. Proses penghasilan manik ini beraneka jenis,boleh bercorak metal,corak pelangi dan sebagainya.
  
  •   Manik Tongkat (Buggle Bead)
Manik tongkat biasanya digunakan dalam projek-projek halus dengan manik pasir. Panjang manik ini beragam,dari 3mm hingga 5cm.

  • Manik Pasir Jepun
Manik ini berukuran dalam 2mm hingga 3mm dan biasanya memiliki permukaan yang tidak bulat,tetapi cenderung bersegi sehingga member kesan berkilau ketika digunakan.

  •  Manik Tensha Jepun
Sepintas lalu manik inikelihatan serupa dengan manik gelas buatan tangan kerana keindahannya serta cantiknya lukisan bunga-bungaan pada permukaanya. Tetapi manik ini sebenarnya merupakan manik acrylic berkualiti tinggi yang dilukis dengan bunga-bungaan untuk menggambarkan keindahan kebun bunga Jepun dan dihias dengan warna-warna emas darifoil atau tinta emas. Manik ini sangat sesuai untuk dijadikan dasar kerongsang kerana ringan tetapi tetap cantik.

  • Manik Amber Tiruan
Manik ini merupakan manik acrylic yang dibentuk dan dicetak sedemikian rupa sehingga menyerupai batuan amber. 



BEADS

There are various types of beads in the market. Beads can be categorized into two types:
1. Beads  from natural      2. Beads from man made material

Ø  BEADS  FROM NATURE
     This category is derived from the beads stones that are the result of sedimentary minerals, pearls from the species of shellfish and coral from the sea creatures that can be found at the bottom of the sea. Similarly, the wooden beads, amber beads and a variety of others created by human beings with nature-based resources, including the shells of snails and other preparations of the shell and ceramic beads and clay. In addition, there are also preparations of the metal element which is produced as a decorative element, either in the form of beads or other forms.
BEADS FROM MAN MADE MATERIAL   
This is the type of glass beads, acrylic beads, polymer clay beads, plastic beads and so   the material can not be obtained directly from nature.

  •   Crystal Glass Beads
Crystal beads glass beads are made ​​from high quality glass compound containing 10% 
tin oxide. Tin added compound glass to produce glass that is crystal clear like the 
original. Stained glass crystal is done by adding some metal oxides in a mixture of liquid 
silicate compounds.

  •   Crystal Beads With High Tin Content
The difference of crystal glass beads and crystal beads are used to the higher tin 
content than can be seen from the crystal clarity as well as on pieces of crystal that is 
more sharp. This type of crystal beads containing up to 30% tin content. The higher tin 
content, the better reflection of its glass and easier to set up the produce. The crystal 
beads are beads content  high lead crystal glass products commonly known as 
Swarovski.

  •  Printed Glass Beads (Pressed Glass Bead)
These types of beads are glass beads made ​​by the process of printing, by inserting a 
liquid into a hot cup printing machine. Usually has a unique and diverse, these beads are 
very attractive to be paired in the brooch so you do not have too much to give a variety of 
other styles.

  •   Handmade Glass Beads (Lamp-worked Glass Beads)
This glass bead is the result of individual products, made of glass rods that were burned 
or heated over a fire, then slowly wrapped around a copper wire. Wire will be appointed 
and a hole was formed. Beads of this type can be made with all sorts of colors and 
styles, can also be added to the drawing or 3D model for a prototype three-dimensional.

  •   Flower Polymer Clay Beads
This beads also made by individual, but the base ingredients are not glass, but polyvinyl 
chloride particles are bound together as if the clay, which makes this compound is a 
mixture of strong and can be shaped like clay candle. Hardening polymer clay to
become hard and strong is the technique of baking in the oven with a certain high 
temperature.

  • Imitation pearls
Imitation pearls are made of glass, crystal, plastic, wax, or of refined shell. Differences in 
the process of making artificial pearls make an impact and quality of different colors.

  •   Sand beads (Seed Bead)
Sand sized beads of 1.5mm to 4mm. Production process is a wide variety of beads, can 
be patterned metal, rainbow patterns, and so forth.

  • Beads Stick (Buggle Bead)
Bead sticks commonly used in projects with beads of fine sand. The length of these  
beads vary from 3 mm to 5 cm.

  •   Beads Japanese Sand
These beads of 2mm to 3mm in size and typically have a surface that is not round, but  
tend to be insulated so that the member sparkling effect when used.
  •    Beads Japanese Tensha
This beads similar to handmade glass beads for its beauty and beautiful paintings 
of flowers on the surface. But the beads are actually a high quality acrylic beads with  
flowers painted to depict the beauty of Japanese gardens and decorated with colors of 
gold or gold ink darifoil. These beads are very suitable to be used as the basis for  
necklaces, but still pretty light.
  •  Synthetic Amber Beads
These beads are acrylic beads are formed and molded in such a way that 
resembles amber rocks.

No comments:

Post a Comment