Selamat Datang....Welcome!

Tuesday 7 June 2011

Jom Kenali Manik....

MANIK-MANIK
Ada beraneka jenis manik dalam pasaran. Manik boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu :
Ø  Manik Yang Berasal Dari Alam
Ø  Manik Yang Berasal Dari Material Buatan Manusia
MANIK YANG BERASAL DARI ALAM
      Kategori ini adalah manik yang berasal daripada batu-batuan yang merupakan hasil daripada enapan garam mineral,mutiara daripada jenis kerang-kerangan dan juga hidupan coral dari lautan yang ketika ini boleh dijumpai dari dasar laut. Begitu juga manik yang diperbuat daripada kayu,amber serta pelbagai jenis manik lain yang dihasilkan oleh manusia dengan sumber berasaskan alam,termasuklah cengkerang siput dan olahan lain dari kulit kerang serta manik seramik dan tanah liat. Selain itu,terdapat juga olahan daripada unsur metal yang dihasilkan sebagai elemen perhiasan,baik dalam bentuk manik mahupun bentuk lain.
MANIK YANG BERASAL DARI MATERIAL BUATAN MANUSIA
ü      Jenis ini adalah manik gelas,manik acrylic,manik polimer daripada tanah liat,manik plastik dan sebagainya yang materialnya tidak diperolehi secara langsung dari alam semulajadi.

  •  Manik Kristal Gelas
Manik Kristal gelas adalah manik yang diperbuat daripada sebatian gelas berkualiti tinggi yang mengandungi 10% oksida timah. Timah ditambahkan pada sebatian gelas untuk menghasilkan gelas yang jernih menyerupai kristal asli. Pewarnaan gelas kristal dilakukan dengan menambah beberapa oksida metal pada campuran sebatian silikat cair.

  • Manik Kristal Dengan Kandungan Timah Tinggi
Perbezaan manik kristal gelas biasa dengan manik kristal berkandungan timah tinggi selain boleh dilihat dari kejernihan kristalnya juga berdasarkan potongan-potongan kristalnya yang lebih tajam. Manik kristal jenis ini mengandungi kandungan timah sehingga 30%. Semakin tinggi kandungan timah,semakin bagus daya pantulan gelas dan semakin mudah untuk dibentuk semasa menghasilkannya. Manik kristal yang berkandungan timah tinggi adalah manik kristal gelas keluaran Swarovski yang biasa dikenali sebagai manik Swarovski.

  •   Manik Gelas Cetakan (Pressed Glass Bead)
Manik jenis ini merupakan manik gelas yang diperbuat dengan proses cetakan,dengan memasukkan cairan gelas panas ke dalam mesin cetak. Biasanya memiliki bentuk yang unik dan beragam,manik ini sangat menarik untuk dipasangkan pada kerongsang sehingga anda tidak perlu terlalu banyak memberikan pelbagai gaya lain.

  •     Manik Gelas Buatan Tangan (Lamp-Worked Glass Beads)
Manik gelas ini merupakan hasil keluaran perseorangan,diperbuat daripada gelas batang yang dibakar atau dipanaskan di atas api,kemudian dililitkan perlahan ke sekeliling kawat tembaga. Kawat nantinya diangkat dan lubang pun terbentuk. Manik jenis ini dapat dibuat dengan macam-macam warna dan gaya,boleh juga ditambahkan dengan lukisan atau dibentuk model tiga dimensi 3D sebagai prototaip.

  •   Manik Bunga Polimer Tanah Liat
Manik ini juga merupakan keluaran perseorangan,tetapi bahan dasarnya bukanlah gelas,melainkan partikel-partikel polyvinyl chloride yang diikat bersama-sama seolah-olah plastisin,yang membuat sebatian campuran ini cukup padu dan dapat dibentuk menyerupai lilin tanah liat. Proses pengerasan polymer clay sehingga menjadi keras dan kukuh adalah dengan teknik membakar dalam oven dengan suhu tinggi tertentu.

  • Manik Batu Semi Mulia
Manik ini berasal daripada manik alam,dengan pelbagai bentuk seperti bulat,kotak dn water drop. Ada pula bentuk tidak beraturan seperti kerikil yang biasa disebut chips atau splitter.

  •   Mutiara Tiruan
Mutiara tiruan diperbuat daripada gelas,kristal,plastik,lilin atau hasil olahan kulit kerang. Perbezaan dalam proses pembuatannya menjadikan mutiara tiruan ini memberi kesan warna dan kualiti yang berbeza.

  •       Manik Pasir (Seed Bead)
Manik pasir berukuran dari 1.5mm hingga 4mm. Proses penghasilan manik ini beraneka jenis,boleh bercorak metal,corak pelangi dan sebagainya.
  
  •   Manik Tongkat (Buggle Bead)
Manik tongkat biasanya digunakan dalam projek-projek halus dengan manik pasir. Panjang manik ini beragam,dari 3mm hingga 5cm.

  • Manik Pasir Jepun
Manik ini berukuran dalam 2mm hingga 3mm dan biasanya memiliki permukaan yang tidak bulat,tetapi cenderung bersegi sehingga member kesan berkilau ketika digunakan.

  •  Manik Tensha Jepun
Sepintas lalu manik inikelihatan serupa dengan manik gelas buatan tangan kerana keindahannya serta cantiknya lukisan bunga-bungaan pada permukaanya. Tetapi manik ini sebenarnya merupakan manik acrylic berkualiti tinggi yang dilukis dengan bunga-bungaan untuk menggambarkan keindahan kebun bunga Jepun dan dihias dengan warna-warna emas darifoil atau tinta emas. Manik ini sangat sesuai untuk dijadikan dasar kerongsang kerana ringan tetapi tetap cantik.

  • Manik Amber Tiruan
Manik ini merupakan manik acrylic yang dibentuk dan dicetak sedemikian rupa sehingga menyerupai batuan amber. 



BEADS

There are various types of beads in the market. Beads can be categorized into two types:
1. Beads  from natural      2. Beads from man made material

Ø  BEADS  FROM NATURE
     This category is derived from the beads stones that are the result of sedimentary minerals, pearls from the species of shellfish and coral from the sea creatures that can be found at the bottom of the sea. Similarly, the wooden beads, amber beads and a variety of others created by human beings with nature-based resources, including the shells of snails and other preparations of the shell and ceramic beads and clay. In addition, there are also preparations of the metal element which is produced as a decorative element, either in the form of beads or other forms.
BEADS FROM MAN MADE MATERIAL   
This is the type of glass beads, acrylic beads, polymer clay beads, plastic beads and so   the material can not be obtained directly from nature.

  •   Crystal Glass Beads
Crystal beads glass beads are made ​​from high quality glass compound containing 10% 
tin oxide. Tin added compound glass to produce glass that is crystal clear like the 
original. Stained glass crystal is done by adding some metal oxides in a mixture of liquid 
silicate compounds.

  •   Crystal Beads With High Tin Content
The difference of crystal glass beads and crystal beads are used to the higher tin 
content than can be seen from the crystal clarity as well as on pieces of crystal that is 
more sharp. This type of crystal beads containing up to 30% tin content. The higher tin 
content, the better reflection of its glass and easier to set up the produce. The crystal 
beads are beads content  high lead crystal glass products commonly known as 
Swarovski.

  •  Printed Glass Beads (Pressed Glass Bead)
These types of beads are glass beads made ​​by the process of printing, by inserting a 
liquid into a hot cup printing machine. Usually has a unique and diverse, these beads are 
very attractive to be paired in the brooch so you do not have too much to give a variety of 
other styles.

  •   Handmade Glass Beads (Lamp-worked Glass Beads)
This glass bead is the result of individual products, made of glass rods that were burned 
or heated over a fire, then slowly wrapped around a copper wire. Wire will be appointed 
and a hole was formed. Beads of this type can be made with all sorts of colors and 
styles, can also be added to the drawing or 3D model for a prototype three-dimensional.

  •   Flower Polymer Clay Beads
This beads also made by individual, but the base ingredients are not glass, but polyvinyl 
chloride particles are bound together as if the clay, which makes this compound is a 
mixture of strong and can be shaped like clay candle. Hardening polymer clay to
become hard and strong is the technique of baking in the oven with a certain high 
temperature.

  • Imitation pearls
Imitation pearls are made of glass, crystal, plastic, wax, or of refined shell. Differences in 
the process of making artificial pearls make an impact and quality of different colors.

  •   Sand beads (Seed Bead)
Sand sized beads of 1.5mm to 4mm. Production process is a wide variety of beads, can 
be patterned metal, rainbow patterns, and so forth.

  • Beads Stick (Buggle Bead)
Bead sticks commonly used in projects with beads of fine sand. The length of these  
beads vary from 3 mm to 5 cm.

  •   Beads Japanese Sand
These beads of 2mm to 3mm in size and typically have a surface that is not round, but  
tend to be insulated so that the member sparkling effect when used.
  •    Beads Japanese Tensha
This beads similar to handmade glass beads for its beauty and beautiful paintings 
of flowers on the surface. But the beads are actually a high quality acrylic beads with  
flowers painted to depict the beauty of Japanese gardens and decorated with colors of 
gold or gold ink darifoil. These beads are very suitable to be used as the basis for  
necklaces, but still pretty light.
  •  Synthetic Amber Beads
These beads are acrylic beads are formed and molded in such a way that 
resembles amber rocks.

Mutiara oh mutiara...

Info penting.......
  •  Walaupun pencarian mutiara asli dari laut masih lagi dipraktikkan,namun kebanyakan mutiara yang berada di pasaran masa kini adalah hasil kejuruteraan manusia.  
  •  Di awal abad lalu,Mikimoto yang berasal daripada Jepun telah menemui kaedah dan teknik penghasilan mutiara ini. Usaha tersebut diperkembangkan lagi dan mulai diguna pakai di negara-negara lain di kawasan Pasifik dan Lautan India seperti Indonesia.
  • Setelah itu,Indonesia bangkit sebagai salah satu negara penghasilan mutiara utama dunia bersama Jepun,China dan Australia.
  •   Kaedah penghasilan mutiara ini dikenali sebagai “grafting” atau “seeding” atau juga “implantation”.
Bagaimana penghasilan mutiara??????????????
  • Proses dimulai dengan memasukkan inti (nucleus) bersama selembar organ mantel (hirisan daging kerang mutiara lain yang dikenali dengan nama “saibo”). Setelah itu,organ mantel ini diambil oleh individu kerang mutiara yang lain dan berperanan sebagai penderma. Penderma yang baik akan akan menentukan kualiti mutiara yang dihasilkannya terutamanya dari segi warna,bentuk dan kilauan mutiara.
  • Sebelum inti dan hirisan matel ini di tempatkan di dalam gonad kerang, hirisan kecil pada dinding gonad hendaklah dibuat terlebih dahulu, hirisan daging mantel akan membentuk poket mutiara (pearl sac) dan akan menghasilkan “nacre”. Proses ini dikenali sebagai “biomineralisasi” sepertimana proses pembentukan tulang pada manusia dan haiwan bertulang belakang yang lain. Nacre ini merupakan sebahagian permukaan yang berkilau dari mutiara atau juga dinding bahagian yang berkilau dalam kerang.Nacre yang terdapat di dalam kerang disebut sebagai "Mother Of Pearl” (ibu mutiara) manakala nacre yang melekat di teras disebut mutiara.
Tahukah anda???? 
  • “Secara semulajadi,mutiara terhasil daripada lapisan kalsium karbonat yang bersatu lalu membentuk objek sfera yang bertujuan untuk melindungi diri dari haiwan yang mengancam spesies tiram tersebut”.Terdapat juga kajian yang mengatakan mutiara ini terhasil daripada fenomena kemasukan pasir atau benda padat ke dalam mantel dan terbungkus oleh nacre,maka terhasilnya mutiara.  
  • Secara teori mendeskripsikan terbentuknya mutiara terbahagi kepada dua iaitu terbentuk akibat “irritant” dan masuknya partikel padat dalam mantel moluska.
  • Warna yang terhasil pada sebiji mutiara dipengaruhi oleh warna kulit yang terdapat pada setiap kerang dan tidak semua kerang mempunyai warna yang sama.Kita boleh menentukan warna mutiara yang bakal dihasilkan dengan melihatnya pada waktu malam dengan menggunakan lampu penyuluh.

Important info .......
  • Although the search for natural pearls from the sea is still practiced, but most of the pearls in the market today is the result of human engineering.
  • At the beginning of last century, Mikimoto originating from Japan have discovered methods and techniques of pearl production. These efforts began to be further developed and applied in other countries in the Pacific and Indian Ocean, such as Indonesia.
  • After that, Indonesia is one of the country's rise as a major global production of pearls with Japan, China and Australia.
  • Pearl production method known as "grafting" or "seeding" or even "implantation".
How the pearl production ?
  • The process begins by inserting the core (nucleus) with a piece of mantle organ (other pearl meat slices, known by the name "saibo"). After that, the organ was taken by an individual coat pearl others and act as a donor. Donors will be good to determine the quality of pearls produced mainly in terms of colour, shape and luster of pearls.
  •  Before the core and slice mantel in place in the gonads of shells, a small incision in the gonad wall must be done first, coat the meat slices to form pockets of pearl (pearl sac) and will produce "Nacre". This process is known as "biomineralisasi" as the process of bone formation in humans and other vertebrates. Nacre is the lustrous surface of a pearl or even a sparkle in the wall shells. Nacre found in the shells referred to as the "Mother Of Pearl" , while adhering to the core Nacre called pearls.
Did you know??????????? 
  • "In nature, pearls produced from layers of calcium carbonate, which united to form spherical objects in order to protect themselves from animal species that threaten the oyster."
  •   There are also studies that say the pearl is the result of the phenomenon of sand or a solid entry into the mantle, and wrapped by Nacre, the generation of pearls.
Tahukah anda?????
Mutiara Asli Sabah..............

Terdapat dua jenis mutiara asli sabah:
1. Mutiara asli air masin 2. Mutiara asli air tawar
  • Mutiara asli air masin biasanya mempunyai bentuk yang lebih bulat, cantik dan sempurna.
  • Mutiara asli air tawar pula mempunyai bentuk yang tidak sekata dan tidak berbentuk bulat sempurna,seperti bentuk beras,kancing,pipih seperti bulat jagung dan terdapat jalur.
Warna mutiara asli Sabah
Terdapat 3 warna utama mutiara asli sabah iaitu putih, peach dan hitam.

Cara Mengenal Pasti Keaslian Mutiara
Terdapat banyak cara atau kaedah untuk mengetahui ketulinan / keaslian mutiara antaranya:
  • Gosok atau cungkil - lapisan luar mutiara asli tidak akan pudar, calar dan rosak.
  • Gigit dengan lembut - Anda akan dapati mutiara asli seperti guli.
  • Berat dan bunyi - Mutiara asli akan berbunyi seperti guli sekiranya dilepaskan keatas cermin.


Did you know ?????
Genuine Sabah Pearls ..............

There are two types of original pearl sabah:
 l .Natural saltwater pearls 2. Natural freshwater pearls
  • Natural saltwater pearls usually have a more rounded shape, beautiful and perfect.
  • Natural freshwater pearls are a form of irregular and not perfectly round, like the form of rice, buttons, washers, such as corn and there is a circular path.
The colour of the original Sabah's pearl
There are three primary colors of natural Sabah pearls : white, peach and black.

Identifying ways Originality Pearl
There are many ways or methods to determine the genuineness / authenticity of pearls are:
  • Brush or crowbar - the outer layer of natural pearls will not fade, scratches and damage.
  • Bite gently - you will find genuine pearls as marbles. 
  • Heavy and sound - the original pearl is going to sound like marbles on a mirror if released.